BERMINAT MENJADI EJEN KAMI?

Klik SINI untuk lihat produk.

Thursday, March 11, 2010

Resepi : Pecal Stail Jawa


Bahan-bahan

300 gm kacang tanah

10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur (orang jawa je yang guna bahan ini)
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
1 keping tempe di hiris kecil

Minyak masak untuk menggoreng

Ulaman
1 ikat pucuk ubi (rebus)
1 ikat kacang panjang (celur)
semangkuk bihun (rebus)
1/5 kg tauge (celur)
2 biji tahu
(goreng)
2 biji timun

Nota : Ulaman di atas perlu dicelur terlebih dahulu. Banyak lagi ulaman boleh ditambah seperti pucuk ubi, pucuk betik dan sebagainya.

Cara-cara

  • Goreng tempe dan tahu (lumur dengan serbuk kunyit sikit je) sehingga agak garing. Hiris tahu selepas digoreng. Ketepikan
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak). Kisar sehingga agak halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air suam (Air bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Tapi, kalau cair, sangat nanti rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • Jika mahu makan stail jawa, gaulkan semua ulaman bersama tempe dan tahu dahulu. Kemudian siram kuah pecal ke atasnya. Dah boleh makan.
Nota : Sesuai untuk 4-6 orang.

.

2 comments:

Rieyzana said...

assalamualaikum..

hmmm... tengok gambar pecal nie teringat plak dgn arwah mak sebab arwah mmg suka wat pecal nieh... bila arwah dh x der teringat2 plak.. zana nak mintak kongsi resepi ni di blog zana yer... terima kasih...

Pakuteh said...

Salam Zana,

Thanks sbb sudi singgah ke blog ini...nak share takde masalah.

p/s : pernah try pecal yg sambalnya kering tak. Orang sini panggil pecal kering..