BERMINAT MENJADI EJEN KAMI?

Klik SINI untuk lihat produk.

Monday, March 8, 2010

Resepi : Cara Membuat Tempe


Atas permintaan ramai, diperturunkan cara-cara membuat tempe sendiri di rumah anda. Semoga dapat jadi panduan dan info tambahan untuk anda semua.

Pengenalan

Ragi tempe adalah khusus - tidak boleh guna ragi/yeast yang biasa digunakan untuk membuat kuih @ roti @ tapai @ apam.

Bahan-bahan
1.
kacang soya 1kg
2. ragi tempe 2-3 gram.

Cara-cara:
Berikut cara pembuatannya :
i. Setelah direndam selama lebih kurang 36 jam (2 malam), kacang soya menjadi kembang. Basuh kacang beberapa kali dan buang kulit kacang yang tertanggal.
ii. Kacang soya diramas agar kulitnya tertanggal atau gunakan mesin pemecah kacang. Kulit soya perlu dibuang sepenuhnya supaya tempe tidak menjadi masam dan rosak.
iii. Setelah bersih, tuangkan kacang soya ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Rebus kacang soya selama kurang lebih 30 minit atau sehingga mendidih. Selama kacang soya direbus akan muncul buih putih.
iv. Setelah direbus selama 30 minit, buang air sisa dari dalam periuk.
v. Tuang kacang soya ke bekas/meja yang memudahkan kacang soya menjadi sejuk (sebaiknya gunakan kipas). 
vi. Setelah sejuk dan agak kering, taburkan ragi tempe dan gaul rata.
vii. Siapkan plastik dengan ukuran sesuai. Masukkan kacang soya ke dalam plastik hingga ketebalan kira-kira 2-3 cm.
viii. Tutup plastik dengan lilin/sealer.
ix. Kemudian lubangkan plastik yang telah berisi kacang soya dengan menggunakan jarum atau lidi - kira-kira 8 lubang untuk setiap sisi atas dan bawah.

Simpan tempe di dalam rak. Sirkulasi udara sangat penting. Biarkan selama kurang lebih 36 jam. Setelah 36 jam, tempe siap.

p/s : suhu sesuai untuk proses ini ialah 30 C.



12 comments:

Anonymous said...

boleh x spesifikkan name ragi yang dgunakan....kalo boleh nk name saintifikny skali...tq

Pakuteh said...

Kami gunakan ragi tempe dari jenama 'raprima' yang diimport dari Bandung. Ragi ini amat berkesan dan mudah disimpan.
Nama saintifiknya ialah 'Rhizopus'.
Di Indonesia dikenali sebagai innokulum.

Anonymous said...

Salam dah 2 kali saya buat tapi xjadi gak... Knp yew??

Pakuteh said...

Salam,

Banyak faktor penyebab pembuatan tempe gagal.
Cuba terangkan 'tak jadi' tu macam mana?
1. tempe tak bertukar menjadi putih?
2. tempe berbau masam?
3. tempe menjadi hitam?
4. tempe berwarna hijau?
5. tempe lebik dan berair?

T kasih

Anonymous said...

1,2,3 masalah yang saya hadapi... Bole x terang kan ape punca gagal?????

Pakuteh said...

Rujuk resepi di atas, item ii & vi.

1. Kulit kacang menjadi punca tempe menjadi masam dan cepat busuk.Sebaiknya buang semua kulit kacang sebelum meragi.
2. Sebelum meragi, pastikan kacang cukup kering dan telah betul-betul sejuk. Sekiranya kacang tidak cukup kering dan masih panas, penapaian antara ragi & kacang tidak akan terjadi.
3. Selepas meragi, adunan tidak boleh terkena air.
4. Pastikan plastik telah ditebuk lubang-lubang kecil untuk pengudaraan.
5. Suhu perlulah suhu bilik dan cukup pengudaraan. Jangan disimpan ditempat yang gelap dan bertutup.

Wallahualam.

hanif alwi said...

Mohon tempe percuma.

Pakuteh said...

En. Hanif boleh hubungi saya untuk dapatkan tempe percuma.

hanz said...

KALAU NAK BUAT TEMPE TAK PERLU DISELIMUTKAN GUNA KAIN KE?

Pakuteh said...

En. Hanz,

Mungkin pada zaman dulu dipraktikkan tempe perlu ditutup dengan kain. Tetapi pada masa ini tiada lagi amalan tersebut.

Mungkin ya jika kita membuat tapai ubi/pulut.

hanz said...

PAKUTEH, HARI TU SAYA COBA BUAT TEMPE, KACANG SAYA RENDAM 2 MLM... PROSES MEREBUS SLAMA 30 MINIT... SETERUSNYA PROSES MERAGI, DAN MEMBUNGKUS TEMPE.. 2 HARI LEPAS TU TEMPE MENJADI..TAPI BILA SAYA DAH GORENG.. RASA TEMPE LAINLH, ADA RASA KUAT SGT...BAU TEMPE OK .. TAPI RASA X OK.. ADAKH PENYEBABNYA SAYA TAK MEREBUS KACANG SAMPAI MATANG?

Nani Badai said...

nk tanya. kalau bungkus tempe guna daun tempe atau daun pisang ke kene buat lubang jugak ke? atau dibiarkan sahaja.