BERMINAT MENJADI EJEN KAMI?

Klik SINI untuk lihat produk.

Tuesday, February 10, 2009

RESEPI : Nasi Ambeng Stail Jawa


Tentu ramai yang tak tahu apa itu 'nasi ambeng'. Ini adalah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa yang kian pupus. Banyak juga bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan satu hidangan 'nasi ambeng' yang sempurna. Saya cuba masukkan dalam entri kali ini mengikut kefahaman saya. Kepada kawan-kawan yang lebih arif dan berpengalaman, harap-harap jangan kutuk dah la...
'Nasi Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 bahagian.

Bahan wajib untuk 4 orang:
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang

Saya perturunkan juga beberapa resepi mudah untuk bahan di atas. Selamat mencuba.

Mee goreng Jawa
Bahan :
Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen
Bahan untuk di mesin
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1.5 biji buah keras
kicap mee 4 sudu ( agak2)
lada kering 2sudu
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Caranya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Yang lain-lain tu korang pun pandai masak kan...so, tak payah la saya tambah kat sini.




14 comments:

Elsa said...

Salam. Saya berminat nak beli ragi tempe. Harap dapat berikan maklumat. Terima kasih.

Pakuteh said...

W'Salam,

Terima kasih kerana singgah ke blog ini.

Boleh SMS kat saya dan saya akan berikan butiran lanjut.

Elsa said...

Salam pakuteh....macam mana saya nak sms, ye...saya xda nombor h/p!

Pakuteh said...

Salam,

Di sebelah kanan blog ini ada nombor telefon saya.

T kasih.

ummul masyitah said...

assalamualaikum pak uteh..boleh tak saya nak copy paste resepi pak uteh ni kat blog saya?alhamdulillah jumpa juga resipi ni.dah lama tak makan.dulu kecik2 masa di kampung selalulah makan bila kenduri kendara

Pakuteh said...

Salam ummul masyitah,

Boleh je 'paste'kan ke blog awak tu. Jangan lupe letak kredit dah la....

Sila la follow blog ni...kalau ada post terbaru bole dapat update...

TQ

shima said...

salam pak uteh..
tq sesgt share resepi nasi ambeng ni tuk org yg dok joh mmg sesekali teringin sgt2 nk mkn..insyaAllah blk cuti nnti buleh order ragi tempe ngan pak uteh pasai dok sini nk beli 15gm pun reganye lebih rm60!huhuuu

minta izin nk c&p rsepi nasi ni tuk entry terbaru kt my fp ye @ http://shima27.fotopages.com/

Pakuteh said...

Salam Shima,

TQ sebab singgah.
Pasal C&P tu no hal... janji letak kredit dah la...

Klu balik M'sia nnt contact la ya...nak ragi bebanyak pun bole...

Anonymous said...

'as'kum...baru jmpa resipi nasi ambang...dah lama teringin nk makan...masa dulu tahun 2003 last makan kat johor...t'kasih....'

CTeeY_YanT
Kuala GAnu

Piza said...

salam. Dekat setahun stgah memendam rasa nak makan nasi ambang. Masa dtg UK tak sempat makan coz tak de org buat kenduri kt kg Bangkong dan tak sempat balik K Tinggi dan singgah di hentian Pagoh yg biasanya ada jual nasi ambang. So ada resepi ni boleh le mencuba sendiri. Thnks Pakuteh. Tempeh, tauhu dan air soya kami dah cuba buat di sini alhamdululah menjadi. Tu la..bila dah duduk kt UK semua kena buat sendiri..O..bestnya kt Serdang pn dah ada carboot sale..balik nanti boleh le join..

Pakuteh said...

Salam Piza,

Terima ksaih kerana singgah ke sini.

Cuba la resepi ni...ni kira yang paling simple la... kalau nak yang lebih original mungkin kena tanya orang lama. Saya cuma cedok dari resepi orang tua saya je...

Rieyzana said...

assalamualaikum...

kali pertama zana lihat nasi nieh dan cara lipatannya semasa menghadiri kenduri di rumah kakak ipar zana di tangkak... alhamdulillah terjumpa lak resepinya di sini... Terima kasih kerana upload resepi nieh... zana nak minta izin ambil resepi nie utk diletakkan di blog zana... Terima kasih sekali lagi....

Pakuteh said...

Salam Zana,

Boleh je. jangan lupa letak kredit ya...hehe

che pah said...

Salam ziarah.
waaa..best la nasi ambeng. Somi saya pon suka. akhirnya dapat resepi buat serunding kelapa. TQ pakuteh. insyaallah nak cuba buat. Resepi pecal pun dah cuba..best juga. Selalunya mak mertua yg buatkan.